Artikel

Santan AirAsia Bawakan Semula Aiskrim Nasi Lemak Dan Perisa Baharu – Sempena Merdeka Ke-65

Selain sukan, makanan juga menjadi antara elemen kebanggaan rakyat Malaysia dalam menterjemahkan keunikan budaya tempatan ke masyarakat umum – menyedari kepentingan itu, Santan kini bawakan semula aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser yang pernah ditampilkan pada tahun 2020 kepada para pelanggan bersempena sambutan kemerdekaan kali ke-65, 31 Ogos ini.

Lebih menarik memahami citarasa pengguna semasa Santan juga turut memperkenalkan aiskrim berperisa baharu iaitu Boba Gula Melaka bagi memenuhi selera pelanggan.

Dengan hanya RM4.50, semua pengguna di Malaysia boleh menikmat menu edisi Merdeka ini di seluruh cawangan kafe Santan negara bermula 24 Ogos lalu sehingga September ataupun setelah stok menu ini berakhir.

Tidak hanya itu sempena edisi kemerdekaan juga, para pengguna turut menikmati juadah Nasi Lemak Pak Nasser dengan pembungkusan baharu yang berbentuk segitiga piramid iaitu Nasi Lemak On-The-Go. Pembungkusan ini tidak hanya mudah tetapi turut ditawar dengan harga RM6.50 bersama set minuman ataupun aiskrim.

Selain dapat menikmati hidangan istimewa Merdeka ini pada cawangan fizikal, para pengguna juga boleh melaksanakan pesanan pada aplikasi sehenti Capital A iaitu AirAsia Super App – dengan hanya klik pada aplikasi, semua hidangan terus tersedia di hadapan rumah anda.

Sebarang makluman lanjut boleh layari laman rasmi AirAsia atau mengikuti medium media sosial Santan Asean.