Artikel

Cadangan Pindaan Bankrap – Jabatan Peguam Negara Perlu Laksana Semakan Lanjut

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) kini perlu meneliti cadangan pindaan berhubung kebankrapan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), bagi mengelak kesannya ke atas orang awam.

Buat pengetahuan umum terdapat 4 peruntukan yang dikemukakan pada pindaan bankrap tersebut, iaitu;

  • Penambahbaikan peruntukan Seksyen 33C Akta 360 berkenaan pelepasan automatik bagi membantu lebih ramai individu bankrap keluar dari senarai selepas 3 tahun
  • Menetapkan had masa pemfailan Borang Bukti Hutang oleh pemiutang bagi percepatkan proses pelepasan atau pembatalan perintah bankrap
  • Memansuhkan mesyuarat pertama pemiutang, hanya perlu diadakan mengikut keperluan dan permintaan pemiutang – bertujuan elak penangguhan proses seterusnya
  • Menyasar kaedah teknologi komunikasi jarak jauh lebih baik, ketika berhubung bersama MdI dalam urusan bankrap

Mengikut Datuk Seri Wan Junaidi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) peruntukan yang dikemukakan MdI ini wajar disemak untuk memastikan penambahbaikan undang-undang insolvensi negara dapat lalui proses yang tepat.

Sesi perbincangan ini untuk makluman turut melibatkan penyertaan pemegang taruh seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, KementerianBelia dan Sukan serta Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.

Ketika ini aliran bankrap negara sedang menunjukkan penurunan apabila setakat 7 bulan pertama tahun ini – sebanyak 3,604 kes telah direkodkan, ini lebih rendah berbanding data tahun sebelumnya 12,501 kes (2019), 8,351 kes (2020) dan 6,554 kes (2021).