Artikel

Grab, Nilai Pasaran Jatuh $13 Bilion – Ketinggalan Di Belakang GoTo

Grab Holdings, firma teknologi di Asia Tenggara ketika ini menunjukkan alami peningkatan hasil sekitar 79% susulan lonjakan permintaan dalam khidmat makanan serta penghantaran – ini lebih tinggi daripada apa yang disasarkan.

Namun meskipun pendapatan meningkat kepada $321 juta pada suku kedua, syarikat yang berpangkalan di Singapura kekal berdepan cabaran apabila mencatatkan kerugian sekitar $572 juta lebih tinggi daripada suku pertama dan terus alami berdepan persaingan awam pada nilai pasaran bersama seterunya GoTo.

GoTo, saingan firma teknologi kini menetapkan kedudukan nilai pasarannya sekiar $26 bilion, dua kali ganda lebih tinggi berbanding Grab. Situasi ini berlaku susulan pertumbuhan khidmat atas talian di Indonesia semakin rancak dengan GoTo memiliki lebih 270 juta pengguna pada perkhidmatannya.

Mengikut laporan Bloomberg, walaupun GoTo memiliki pengaruh yang tinggi pada pasaran Indonesia – namun situasi semasa tidak menidakkan peranan Grab pada pasaran Asia Tenggara, apabila kemajuan khidmat penghantarannya berjaya menguasai 49% permintaan di Indonesia.

Ia lebih tinggi berbanding GoTo dalam permintaan khidmat penghantaran makanan, hanya 43%.

Bagaiamanpun prestasi semasa GoTo hanya dapat diketahui pada akhir bulan ini, sementara Grab pula telah memaparkan prestasi suku keduanya pada semalam (25 Ogos).