Prestasi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun lalu telah menunjukkan Genting Bhd, berdepan kerugian sebanyak RM59.53 juta. Namun angka kerugian tersebut lebih kecil berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu dengan RM563.53 juta.
Malah pendapatan Genting juga memperlihatkan corak positif dengan catatan RM5.67 bilion, dua kali ganda lebih tinggi berbanding data sebelum ini.
Berdasarkan aliran itu, pemulihan ini telah disokong berikutan pembukaan ekonomi secara menyeluruh telah dicapai negara, pembukaan perjalanan antarabangsa yang mula semakin rancak serta permintaan pelancongan berkaitan resort juga semakin tinggi.
Untuk segmen penawaran khidmat Resort World Genting (RWG) sahaja telah menyumbang peningkatan mendadak pada prestasi kumpulan semasa bagi suku kedua 2022.