Pada pertengahan Ogos lalu, hasrat Malaysia untuk meneliti dasar ganja yang diterapkan Thailand – telah disambut baik oleh pentadbiran negara jiran itu.
Maka setelah mengakhiri lawatan ke Thailand pada minggu ini, Menteri Kesihatan (KKM) Khairy Jamaluddin memaklumkan pendirian negara berhubung penggunaan ganja dalam perubatan, hanya akan diketahui sebelum akhir tahun 2022.
Pihak KKM berpendapat penelitian terperinci akan dilakukan dan disuaikan mengikut konteks keperluan rakyat Malaysia. Dan langkah membenarkan penggunaan tersebut hanya akan diketahui dalam tempoh sekitar 4 bulan mendatang.
Sekiranya keputusan membenarkan penggunaan ganja dalam perubatan dapat dilaksanakan pada tahun ini – Khairy menyasarkan pelaksanaan dasar ganja pula dapat dilakukan pada tahun hadapan, 2023.