Artikel

Sabah Mulakan Usaha – Kawal Selia Bekalan Elektrik Dan Gas Sendiri

Sabah melalui penubuhan Suruhanjaya Tenaga Sabah (SC) kelak akan mengatur langkah mengawal selia bekalan elektrik dan gas negerinya sendiri.

Ini bermakna peralihan tersebut akan memperlihatkan pertukaran bidang kuasa penyeliaan kerajaan Persekutuan kepada negeri Sabah.

Peralihan kawal selia bekalan elektrik dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kepada bidang kuasa kerajaan negeri ini untuk makluman telah dipersetujui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA).

Bagaimanapun peralihan SESB akan dilakukan sepenuhnya sebaik sahaja Pelan Transformasi SESB selesai dalam tempoh sehingga 7 tahun dari sekarang.

Maka segala pelarasan pengambilalihan ketika ini memerlukan penelitian dan penyelarasan yang baik dari kerajaan negeri untuk memudah proses perundangan kelak.