Artikel

Industri Dron Berpotensi Sumbang RM54.26 Bilion Pada KDNK – Menjelang 2026

Melihat pada kepesatan arena dron tempatan dan dunia – Malaysia menyasarkan dalam tempoh 5 tahun lagi, industri ini berpotensi menjana sekitar RM54.26 bilion pada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Angka ini merangkumi 4.3% daripada sumbangan dalam pasaran global.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF) jangkaan positif ini telah mengambilkira bakat teknologi tempatan yang dilihat semakin menyaingi keperluan antarabangsa.

Setakat ini, industri dron dissasarkan mampu menjana sejumlah R173.46 bilion menjelang 2026 pada pasaran global. Maka untuk menyamai rekod tersebut pelbagai pemerkasaan digital berhubung peranti dron sedang di usahakan negara.

Terbaharu melalui sokongan Futurise bersana IIB Ventures, sebuah program sukan dron menerusi Akademi Kecemerlangan Sukan Dron telah dibentuk. Langkah itu dijangka tidak hanya memperkasakan arena dron negara tetapi turut ingin meningkatkan penyertaan anak muda – khususnya dalam bidang STEM – sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.

Supaya dapat turut serta merancakkan ekosistem ekonomi negara berasaskan pengetahuan teknologi.