Artikel

Maybank Untung RM1.86 Bilion – Sedikit Rendah Berbanding Suku Sebelumnya

Maybank terus memperlihatkan prestasi kewangan yang positif dari suku ke suku, apabila meraih keuntungan bersih sekitar RM1.86 bilion untuk suku kedua yang berakhir pada 30 Jun lalu.

Bagaimanapun rekod ini 5.4% lebih rendah berbanding suku kedua tahun lalu, yang mencatatkan keuntungan sekitar RM1.96 bilion.

Sementara itu berdasarkan pendapatan operasi pula, Maybank memaparkan peningkatan 10.7% lebih tinggi kepada RM6.83 bilion berbanding RM6.17 bilion pada data sebelumnya. Lonjakan ini didorong hasil pemulihan ekonomi selepas sekatan ditamatkan oleh negara.

Malah pertumbuhan pinjaman juga turut menyumbang kepada aliran yang baik pada prestasi perbankan.

Maka secara keseluruhan dari aspek keuntungan bersih, untuk 6 bulan pertama 2022, Maybank telah mencatatkan sebanyak RM3.9 bilion dengan peningkatan pendapatan operasi sebanyak 2.3% kepada RM13.3 bilion.