Tatkala berdepan tekanan kos sara hidup susulan ketidakseimbangan ekonomi semasa, rata-rata pengguna dengan anggaran lebih 70% di Malaysia berpendapat pembelian secara atas talian bantu pengguna laksana penjimatan.
Melalui perincian tinjauan Shopee Raikan the Heart of Malaysia on E-Commerce pada hari ini (25 Ogos) jelas menunjukkan sekitar 5% penjimatan telah berjaya diperolehi para pengguna ketika berbelanja secara atas talian.
Langkah penjimatan tersebut selari dengan keadaan semasa ekonomi negara yang memerlukan penjimatan pada perbelanjaan mereka. Sekitar 50% pembeli negara mengesahkan ingin laksana pengurangan perbelanjaan atas faktor persekitaran ekonomi Malaysia.
Malah lebih menarik, tidak semua pembeli di Malaysia mengutamakan penawaran diskaun ataupun baucar sahaja – 7 daripada 10 rakyat Malaysia lebih memilih ketenangan fikiran ketika berbelanja di platform atas talian berbanding tawaran harga lebih rendah yang dipromosikan.
Berdasarkan penjelasan ‘ketenangan fikiran’ bagi pengguna Shopee adalah;
- 40% selesa nikmati kemudahan penghantaran barang di kediaman mereka
- 17% pengguna berasa selamat dengan Jaminan Shopee
- 10% pengguna percaya akan ulasan dan perkongsian gambar daripada pembeli Shopee