Artikel

Colgate Jana Untung Lebih Tinggi Pada Segmen Produk Makanan Haiwan – Kini Labur 1$ Bilion

Ternyata fasa awal ketika pandemik COVID-19 telah melonjakkan minat orang awam untuk memelihara haiwan – dan aliran itu telah membawa kesan yang positif pada segmen pengeluaran produk makanan haiwan.

Menyedari kesempatan itu yang berlanjutan sehingga kini, Colgate-Palmolive. Co telah menyuntik pelaburan berjumlah 1$ bilion pada segmen produk makanan haiwan premiumnya, Hill’s Pet Nutrition.

Untuk makluman jenama makanan haiwan ini telah berjaya memacu pertumbuhan Colgate menjadi 1 per 5 daripada penyumbang pendapatan kumpulan dan dalam tempoh setahun telah berjaya menjana 70% daripada pertumbuhan kumpulan.

Malah prestasi pada tahun ini mengikut laporan Bloomberg setakat Jun 2022 – Hill’s Pet Nutrition telah berjaya meningkatkan hasil Colgate sekitar 14% kepada $3.5 bilion, sementara prestasi jualan perniagaan Colgate secara menyeluruh pula hanya meningkat 1.4% kepada $14.2 bilion.

Berdasarkan permintaan, untuk pengguna AS sahaja – permintaan produk makanan haiwan telah meningkat sebanyak 27% setakat tahun lalu dengan rekod $123.6 bilion.

Maka menerusi manfaat peningkatan tersebut, Colgate melihat ia sebagai peluang buat kumpulan untuk mengembangkan jenama tersebut, susulan produknya masih di skala kecil pada saingan pasaran makanan haiwan.