Kenaikan kos operasi melibatkan harga komoditi serta bekalan mentah seperti gandum telah memberi kesan kepada pengeluaran produk mi segera di pasaran dunia. Selepas Korea Selatan, Jepun, Indonesia kini giliran Thailand pula mempertimbangkan kenaikan produk tersebut pada permintaan semasa.
Langkah kenaikan harga bagi setiap paket mi segera selepas 14 tahun ini, sebelumnya di paras ฿6 (baht) akan dinaikan berkuat kuasa hari ini (25 Ogos) kepada ฿7 bagi mi segera paket saiz normal.
Berdasarkan desakan awal pihak pengeluar, mencadangkan kenaikan kepada ฿8 namun pihak berkuasa iaitu Jabatan Perdagangan Thailand pada makluman laporan AFP menetapkan kenaikan tersebut berlaku sehingga paras ฿7 sahaja.
Melihat pada trend kenaikan ini, bagi penyedia makanan berasaskan mi segera keluaran Thailand khususnya pada sektor perkhidmatan Malaysia – perlu bersiap sedia akan kenaikan harga jualan makanan dari semasa ke semasa.