Bersempena sambutan kemerdekaan kali ke-65 kurang dari 7 hari sahaja lagi, Malaysia Airlines kini tampil dengan tawaran 31% diskaun bagi semua kategori penerbangan domestik dan antarabangsa terpilih – tempoh tempahan berkuat kuasa serta-merta sehingga 29 Ogos ini.
Menariknya, selain penawaran tersebut pengguna juga berpeluang nikmati tempahan percutian melalui MHholidays, di mana sehingga 31 Ogos pengguna melalui pakej penerbangan dan hotel ini dapat memiliki penjimatan sehingga 20% dengan harga penawaran bermula RM229 di destinasi Kuala Lumpur dan RM282 di destinasi domestik lain.
Malah, pengguna juga menerima penawaran tanpa bayaran tambahan bagi pemilihan kelas tiket termasuklah Economy Flex Fare serta turut menerima Enrich Points bagi setiap tempahan penerbangan yang dilakukan.
Tidak sekadar itu, terdapat juga perluang untuk pengguna kelas perniagaan menikmati pengalaman premium seperti caj bagasi yang lebih rendah bersama akses ke Golden Lounge Malaysia Airlines di KLIA.
Oleh itu bagi meraikan sambutan kemerdekaan Malaysia, semua pelanggan yang berminat akan tawaran ini boleh layari maklumat lanjut di laman Malaysia Airlines untuk perincian seterusnya.