Artikel

Malaysia Sasar Tampil Antara 20 Ekosistem Startup Terbaik Dunia – Menjelang 2030

Seiring dengan matlamat Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup, Malaysia ketika ini optimis untuk meletakkan negara selaku 20 ekosistem startup terbaik dunia menjelang 2030.

Menurut Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI) sasaran itu bertepatan dengan visi negara untuk meluaskan skop teknologi dalam pasaran. Potensi sasaran itu dapat dilihat pada tinjauan Global Startup 2021, yang telah meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-21 daripada 100 ekosistem startup dunia.

Selain itu pada laporan, Malaysia juga pernah berada pada kedudukan ke-2 pada Indeks Ekonomi Digital 2020 di belakang Singapura dan tangga ke-3 di senarai Asia Tenggara pada penghasilan jumlah startup.

Oleh itu, MOSTI melihat keupayaan sedemikian wajar dijadikan inspirasi buat negara di samping dapat memperkayakan pasaran buruh negara dan memperkasakan ekonomi digital Malaysia.