Artikel

Domino’s Pizza Malaysia Bakal Sertai Rangkaian Domino’s Terbesar Luar AS – Menjelang Akhir 2022

Tidak lama lagi proses pengambilalihan akan memperlihatkan Domino’s Pizza Malaysia sertai rangkaian Domino’s terbesar di luar Amerika Syarikat (AS) – iaitu Domino’s Pizza Enterprises (DPE) yang berpangkalan di Australia.

Dengan memiliki lebih 3,400 cawangan Domino’s di 10 pasaran dunia – DPE kini telah melaksanakan perjanjian perolehan hak francais bersama Mikenwill (M) Sdn Bhd, memiliki 100% kepentingan daripada Dommal Food Service yang bertindak selaku pemegang francais induk Domino’s di Malaysia.

Ini bermakna peralihan tampuk pengurusan akan berlaku ke atas 240 cawangan Domino’s di negara. Selain Malaysia, cawangan di Singapura dan Kemboja juga akan alami perubahan yang sama.

Melihat pada peralihan itu pada laporan, Domino’s Malaysia menyasarkan akan berlakunya penambahan cawangan kepada lebih 600 cawangan kelak dan berlakunya penambahbaikan teknologi pada perkhidmatan tempatan.

Pengukuhan itu secara langsung tidak sekadar memperkasakan operasi negara tetapi turut dapat mengekalkan Malaysia selaku pasaran Domino’s terbesar di Asia Tenggara.