Artikel

Harga Kopi Mungkin Akan Naik

Dalam tempoh beberapa bulan mendatang, dijangka harga kopi bakal meningkat. Situasi ini disokong berikutan penurunan hasil tanaman kopi diperingkat global serta sistem penuaiannya – antara yang berlaku adalah di Brazil, selaku penanam kopi terbesar di dunia.

Buat pengetahuan umum, harga kopi sebelum ini pada Februari lalu telahpun melonjak menjadi paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun iaitu sekitar $2.59 bagi 0.45 kilogram.

Peningkatan harga kopi setakat minggu lalu, telah ditakrifkan alami kenaikan 18.06% kepada $2.23 dari tahun ke tahun. Maka menerusi pengamatan itu bersama kesan faktor cuaca dan peningkatan kos operasi – semua penyedia makanan dan minuman berasaskan kopi perlu bersedia akan kesulitan ini.

Mengikut laporan Wall Street Journal, terdapat jangkaan berlakunya penurunan hasil penuaian biji kopi di paras 50%. Oleh itu, tidak menghairankan sekiranya peningkatan harga jualan berlaku susulan aliran permintaan kopi terus meningkat di pasaran.