Artikel

B40 Terima Kemudahan Skim Sewa Milik Rumah Selangor

Bagi memastikan setiap kelas pendapatan berpeluang miliki kediaman sendiri, Selangor kini tampil memperkenalkan skim sewa milik rumah untuk memudahkan kumpulan B40 memiliki kediaman secara beransur.

Hasil kesepakatan bersama perbankan dan institusi kewangan, Selangor sedia menawarkan 3,943 unit kontra secara berperingkat bermula tahun ini, 2022 hingga 2030 yang akan disertakan dalam Skim Sewa Milik Selangor.

Untuk makluman umum, skim sedemikian meletakkan penawaran kediaman tidak lebihi RM200,000 seunit – paras ini jauh lebih rendah berbanding piawaian pasaran kediaman semasa.

Nilai itu menjelaskan, aturan sewa kediaman dapat dimulakan antara RM600 hingga RM800 sebulan. Bagaimanapun ia bergantung kepada lokasi, sebelum kumpulan B40 terlibat memilikinya dalam tempoh 3 tahun.

Berdasarkan tindakan awal, sekitar 3,000 unit Rumah Idaman Selangor di Kajang, Kuala Selangor dan Bukit Jelutong akan tersedia untuk skim sewa milik ini dan dijangka dapat dimulakan pada September kelak.