Artikel

Bajet 2023 : Beri Tumpuan Tingkatkan Pendapatan, Peluang Pekerjaan Buat Rakyat Malaysia

Seiring dengan tema untuk memperkukuhkan pemulihan ekonomi negara, Bajet 2023 Malaysia dilihat akan memberi tumpuan kepada meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat Malaysia.

Menurut Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri, usaha ini akan meliputi langkah mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan rakyat tempatan serta memperkasakan operasi perniagaan di negara.

Selain itu, sistem perlindungan sosial negara turut akan ditambah-baik merangkumi hak kesihatan dan pendidikan. Makluman pada sidang Konsultasi Bajet 2023 itu secara jelas memberi gambaran jumlah perbelanjaan pada belanjawan tahun hadapan bakal melonjak melebihi peruntukan 2022.

Untuk makluman, kerajaan secara terus sedang memperincikan tumpuan pada belanjawan 2023 dan setakat ini terdapat 2,000 cadangan telah diterima MOF berhubung penambah-baikan Bajet 2023 kelak.

Berdasarkan perkongsian, cadangan tersebut meliputi bahagian percukaian, sumber manusia, digitalisasi, produktiviti, tenaga buruh serta peruntukan operasi perniagaan.