Artikel

AirAsia Tawar 31% Diskaun Bagi Semua Penerbangan – Sempena Hari Kemerdekaan

Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 Malaysia pada 31 Ogos kelak, bermula hari ini (23 Ogos) sehingga 4 September AirAsia tampil menawarkan diskaun 31% bagi semua tempat duduk, semua penerbangan untuk perjalanan domestik dan pulang dari destinasi antarabangsa.

Penawaran di bawah pengendalian AirAsia Malaysia ini akan melibatkan kod penerbangan: AK dan AirAsia X Malaysia (kod penerbangan: D7) – di mana tempahan tiket tersedia untuk tempoh 6 Februari sehingga 31 Julai 2023 kelak, di mana pengguna boleh menikmati tawaran tersebut melalui airasia Super App.

Selain dua kod penerbangan tersebut, semua tempat duduk Premium Flatbed pada D7 turut ditawarkan pada paras diskaun 31% untuk semua pengguna. Untuk makluman, penawaran tersebut merangkumi  penawaran ke destinasi seperti Pulau Pinang, Langkawi, Kota Kinabalu, Kuching, Johor Bahru dan banyak lagi atau pulang dari destinasi antarabangsa termasuk Bangkok, Jakarta, Singapura, New Delhi, Perth, Melbourne, Sydney, Auckland dan pelbagai lagi.

Namun hanya destinasi ke Seoul ditawarkan diskaun 20% sahaja untuk tempoh tersebut.

Usaha ini menurut AirAsia adalah tindak-balas kepada kesetiaan pengguna di samping memperkasakan tema kemerdekaan Malaysia iaitu untuk terus teguh bersama dalam memperkasakan semula sektor pelancongan negara.

Maka bagi makluman lanjut, semua pengguna boleh memuat turun airasia Super App untuk tindakan seterusnya.