Artikel

BNM, SSM Perkukuhkan Kawalan Selia – Isu Risiko Pengubahan Wang Haram

Menyedari kepentingan dalam meluaskan pemahaman berhubung risiko pengubahan wang haram serta pembiayaaan keganasan (AML/CFT) dan sekatan kewangan bersasar (TFS), kini  Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mula mengatur langkah startegik dalam pengawalan serta penyeliaan.

Langkah ini akan memperincikan tanggungjawab tersebut ke atas setiausaha syarikat dan syarikat amanah. Di mana pendekatan lebih berstruktur akan di ambil pada penilaian risiko berhubung isu pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

Kerjasama ini penting untuk negara membentuk pemahaman yang lebih baik dalam kalangan pengurusan, supaya kelak langkah pencegahan dapat diperkasankan pada kegiatan jenayah ini.

Setakat akhir 2020, sejumlah RM75 juta melibatkan aktiviti pengubahan wang haram dicatatkan negara dan gejala ini dilihat terus meningkat dari tahun ke tahun, ini memerlukan pemerkasaan dari semua institusi kewangan untuk menanganinya.