Artikel

Pos Malaysia Raih Untung, Pendapatan Suku Kedua Kini RM517.3 Juta

Dengan memiliki komitmen perkhidmatan ke atas lebih 10 juta alamat pelanggan di seluruh Malaysia – Pos Malaysia kini meraih kembali keuntungan setelah berdepan kerugian sepanjang 15 suku berturutan.

Berdasarkan laporan kewangan suku kedua berakhir 30 Jun lalu, Pos Malaysia telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai sekitar RM200,000 – merangkumi peningkatan keuntungan sebanyak 6.8% membawa kepada pendapatan RM517.3 juta.

Angka ini nyata lebih membrangsangkan berbanding nilai pendapatan pada suku sebelumnya RM484.3 juta dengan kerugian sebelum cukai pula sekitar RM29.9 juta pada tempoh yang sama.

Prestasi baik ini telah didorong hasil permintaan pelanggan bersama pengaturan perbelanjaan kos operasi yang lebih efektif dilaksanakan.

Namun, Pos Malaysia terus menerapkan langkah berwaspada susulan ekonomi semasa masih di fasa pemulihan dan akan sentiasa menyesuaikan perancangan jenama dari semasa ke semasa.