Hasil semakan melibatkan 1,083 kertas siasatan, sekumpulan majikan kini berdepan denda berjumlah RM12.4 juta. Susulan kegagalan mereka patuhi Akta 446 – iaitu Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja.
Mengikut laporan, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) memperincikan langkah tinjauan ini telah dilaksanakan sejak Februari 2020 lagi dan ternyata sekitar 19,250 majikan daripada 48,579 majikan telah didapati bersalah akan ingkar pada pematuhan tersebut.
Untuk makluman, jika majikan gagal memenuhi kriteria melibatkan penyediaan keluasan kediaman sekitar 1,500 kaki persegi kepada maksimum 6 pekerja asing, besama kelengkapan tempat tidur dan kemudahan lain – majikan yang gagal akan dikompaun sehingga RM50,000 bagi setiap kesalahan..