Menyedari kelebihan dalam menjana pendapatan melalui platform atas talian, kini 45% daripada komuniti penjual Shopee mengakui pihaknya menjadikan Shopee selaku medium perniagaan untuk menyara keluarga mereka.
Peratusan di bawah amatan Celebrating the Heart of Malaysia on E-Commerce ini telah merangkumkan lebih 3,300 pembeli bersama 2,100 penjual di seluruh negara pada medium Shopee.
Di mana sekitar 26% daripada penjual telah berjaya melaksanakan simpanan serta melaburkan hasil keuntungan daripada pendapatan tersebut. Selain penjual, aliran pembelian pengguna juga semakin mencorakkan tingkah-laku positif. Apabila 7 daripada 10 pembeli di Malaysia mengaitkan pembelian di Shopee adalah aktiviti yang menenangkan fikiran, diikuti;
- 40% pengguna pula menyatakan pembelian di Shopee sebagai aktiviti yang selesa dan fleksibiliti untuk menerima bungkusan di rumah
- 17% berasa lebih selamat kerana Jaminan Shopee memastikan transaksi pembeli selamat dan terjamin kerana wang tidak dihantar kepada penjual sehingga pengguna mengesahkan penerimaan pesanan
- 10% pembeli turut gemar menyemak ulasan dan gambar yang ditinggalkan oleh pelanggan lain sebelum melakukan pembelian.
Melihat pada maklum-balas yang baik ini, Shopee turut akui aliran khidmat penghantaran yang lebih pantas juga turut menyokong pengguna di Malaysia untuk meningkatkan pembelian mereka daripada penjual tempatan di medium e-dagang (42%).
