Ternyata meskipun memiliki penawaran cuti sakit untuk kumpulan pekerja, di Malaysia – lebih 65% responden mengakui tidak mengambil cuti sakit walaupun tidak sihat secara fizikal (68%) dan alami tekanan mental (65%).
Tinjauan Milieu yang dijalankan pada Jun 2022 lalu bertujuan untuk mengetahui persepsi serta pemahaman pekerja Asia Tenggara berhubung tindakan mengambil cuti sakit dalam pasaran buruh negara mereka.
Secara menyeluruh melibatkan pekerja di Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam, Filipina dan Thailand – tindakan untuk tidak mengambil cuti sakit adalah didorong aspek terlalu banyak tugasan yang perlu dilakukan (51%), diikuti serba-salah (36%) dan bimbang terlepas peluang penting ketika sedang bercuti (31%).
Melihat pada faktor menyeluruh itu, semua negara Asia Tenggara memaparkan peratusan lebihi 60% – namun hanya pekerja di Indonesia sahaja menunjukkan 59% tidak mengambil cuti sakit disebabkan tidak sihat secara fizikal dan 53% tidak ambil cuti walaupun berdepan tekanan.
Selain 3 faktor tersebut, sekitar 61% pekerja Malaysia turut percaya bilangan mengambil cuti sakit mempengaruhi penilaian prestasi pekerjaan mereka – ini sekaligus menyebabkan mereka tidak menggunakan kelebihan tersebut.
Tidak hanya Malaysia, negara lain turut memiliki persepsi yang sama – di mana Indonesia (67%), Vietnam (62%), Filipina (60%), Thailand (51%) dan hanya Singapura sahaja tidak bersetuju akan persepsi tersebut dengan 66%.
Maka berdasarkan pemerhatian ini, Milieu menzahirkan perbezaan tingkah laku pekerja bersama aturan komunikasi yang lebih jelas antara pihak pengurusan wajar dirapatkan, demi kesejahteraan polisi serta operasi syarikat dan pekerja. Adanya penyelarasan tersebut, ia tidak hanya menjaga kebajikan pekerja tetapi turut melandaikan tekanan serta meningkatkan produktiviti firma di Asia Tenggara.
Untuk makluman tinjauan Milineu – bagi Malaysia, seramai 1,000 responden pekerja terlibat dalam kajian ini.