Artikel

87% Paras Hutang Isi Rumah Malaysia, Majoriti Rakyat Beli Aset – Tengku Zafrul

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul menyelar dakwaan memaklumkan paras hutang isi rumah negara berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah tertinggi dalam kalangan negara Asia lain.

Penyataan tersebut sama sekali tidak berasas menurutnya. Ini kerana negara jiran seperti Thailand mendepani paras hutang yang lebih tinggi dengan 91%, manakala Australia pula 119%.

Tengku ZafrulĀ  menjelaskan pada laman rasmi Facebooknya bahawa faktor mendorong rakyat Malaysia berhutang adalah bertujuan membeli aset – di mana sebanyak 58.1% rakyat membeli rumah, diikuti hartanah bukan kediaman (5.7%) dan saham (5.3%).

Melihat pada aliran tersebut, langkah itu didefinisikan sebagai hutan yang baik kerana mengambil contoh tindakan membeli rumah akan memperlihatkan peningkatan nilai aset tersebut dari semasa ke semasa. Maka ini memberi keuntungan kepada isi rumah Malaysia.

Pada masa yang sama, Tengku Zafrul turut memperjelaskan Malaysia tidak memiliki hutang yang tinggi bersama Indonesia – 97.5% hutang negara adalah pinjaman dalam negara sahaja, manakala 2.5% pula hutang negara melibatkan pinjaman luar.

Jumlah 2.5% itu merangkumi pinjaman daripada pelbagai institusi dan pelabur asing seluruh dunia – melibatkan Amerika Syarikat (AS), China, Jepun, Singapura dan pelbagai lagi.

Maka tiada istilah 2.5% pinjaman asing itu hanya bersandarkan kepada Indonesia semata-mata.