Artikel

Semua Kementerian Kini Diminta Tingkatkan Prestasi Perbelanjaan – PM Ismail Sabri

Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri pada sidang mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pemantaun RMK-12 pada hari ini (19 Ogos) telah memaklumkan prestasi perbelanjaan peruntukan pembangunan (DE) negara kini telah meningkat 50.32% setakat 15 Ogos lalu.

Ia lebih tinggi berbanding paras perbelanjaan sehingga 15 April lalu dengan 26.4%.

Meninjau pertambahan aliran itu, semua kementerian diminta untuk meningkatkan prestasi perbelanjaan mereka. Selain itu, peruntukan yang tidak dibelanjakan perlu diserahkan semula kepada Kementerian Kewangan (MOF) bagi menyalurkan ia kepada kementerian yang memerlukan.

Selain peringatan itu, jawatankuasa juga turut bersetuju untuk Unit Perancangan Ekonomi untuk menyediakan sebuah Kajian Separuh Penggal RMK12 – yang bertindak selaku rujukan pada proses pelaksanaan dasar serta sasaran awal pembangunan negara.

Ia akan berperanan meneliti sama ada kelangsungan pembangunan seiring dengan matlamat pentadbiran negara. Pelaksanaan ini akan bermula pada September 2022 sehingg September 2023 kelak.

Penekanan ini dilihat selari dengan agenda negara untuk menyeimbangkan perbelanjaan di samping mencapai status sifar miskin tegar dan negara berpendapatan tinggi menjelang 2025 kelak.