Artikel

TheNoor Sasar Raih RM5 Juta Dana Melalui Biayasama Ekuiti

TheNoor, melalui Ethis Group iaitu platform pelaburan, biayasama ekuiti islamik ketika ini menyasarkan untuk meraih pengumpulan dana sehingga RM5 juta.

Di mana dengan nilai pelaburan awal sekitar RM42.9 juta – para pelabur boleh mengambil bahagian, menyertai TheNoor dengan jumlah pelaburan minimum RM500 bagi pemilikan 20 unit saham.

Langkah ini menjadi sebahagian daripada pelan strategik TheNoor untuk mempelbagaikan peluang pelaburan selain meningkatkan kecekapan aplikasi supaya terus bersesuaian dengan keperluan masyarkat Islam pada era digital ini.

Setakat Januari 2021, TheNoor telah berjaya mencapai pengguna tersendiri dengan hampir 6 juta muat-turun aplikasi dicatatakan pada Apple App Store dan Google Play Store bersama 2.8 juta pengguna telah berdaftar.