Artikel

CIMB Sasar Penambahan Sokongan Apple Pay Menjelang Pertengahan Kedua 2023

Apple Pay telah pun diperkenalkan di Malaysia baru-baru ini, menawarkan kebolehan pengguna melakukan pembayaran di terminal dengan hanya menyentuh iPhone atau Apple Watch sahaja.

Perkara ini dijayakan dengan menambah kad kredit atau debit ke Apple Wallet, dan menggunakannya bersama Apple Pay. Namun, buat masa ini, hanya Maybank, Ambank dan Standard Chartered sahaja menyokongnya.

Menyentuh mengenainya, CIMB menyatakan mereka kini memfokuskan kepada aplikasi CIMB OCTO terlebih dahulu, dan ingin memperkenalkan aplikasi tersebut dengan ciri-ciri menyeluruh pada awal 2023 kelak.

Untuk sokongan Apple Pay, CIMB menyatakan mereka menyasarkan untuk menambah sokongan Apple Pay sekitar pertengahan kedua 2023 kelak.