Artikel

Jualan Barang Tempatan Malaysia Dijangka Naik 2.5% – Lebihi RM3.2 Bilion

Sekiranya tahun lalu, Malaysia berjaya meraih RM3.2 bilion pada jualan barangan tempatan negara – kini nilai terus dijangka bakal meningkat 2.5% pada tahun ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyasarkan matlamat tersebut pada laporan dapat dicapai menerusi Kempen Beli Barang Malaysia dengan penawaran diskaun sehingga 20% kepada pengguna.

Adanya penawaran ini ia tidak hanya mengalakkan pembelian barangan buatan Malaysia tetapi sekaligus mempertingkatkan perbelanjaan domestik dalam kalangan pengguna negara tatkala berdepan krisis ekonomi global.

Buat pengetahuan umum, kempen ini telah mula tersedia di negara sejak tahun 1984 lagi dan telah dijenamakan semula pada tahun 2009.