Artikel

Institut Memandu Terus Alami Lambakan Calon Pelajar – MOT

Ternyata kini bagi mana-mana individu yang ingin mengambil ujian lesen memandu, perlu menanti dalam tempoh sekitar 2 bulan sehingga 3 bulan.

Berdasarkan pemerhatian terbaharu Kementerian Pengangkutan (MOT) itu, pihaknya mengakui berlakunya lambakan calon memandu pada pusat latihan memandu di Malaysia.

Sebagai contoh data di negeri Johor – menunjukkan terdapat peningkatan calon memandu secara mendadak berlaku. Sehingga Julai 2022 bagi tempoh 7 bulan, angka calon memandu dilihat hampir menyamai dengan jumlah kesleuruhan calon pada tahun 2018. Di mana terdapat kenaikan 42% pelajar telah mendaftar pada tahun ini.

Sementara seramai 3,639 calon pula bakal menjalani ujian memandu setakat ini. Situasi itu diperhatikan turut berlaku di Insitut Memandu di Lembah Klang.

Menyedari kesulitan ini, MOT tidak lama lagi akan melampirkan satu formula penyelesaian holistik kepada umum bagi menangani permasalahan yang berbangkit berhubung insitut memandu negara.