Kelihatannya produktiviti pekerja di Malaysia semakin memulih apabila tempoh jam bekerja semakin mningkat 7.5%, disusuli jumlah pekerja pula seramai 15.7 juta individu.
Tinjauan Produktiviti Buruh bagi Suku Kedua 2022 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini memperincikan peningkatan dua ukuran tersebut sekaligus telah menaikkan produktiviti negara kepada RM23,332 bagi setiap pekerja berbanding RM23,124 pada suku sebelumnya.
Bagi produktiviti dari aspek jumlah jam bekerja di negara tleah meningkat 8.9 bilion sementara jumlah pekerja pula telah naik 3.2% (15.7 juta pekerja).
Sementara penjelasan berhubung produktiviti mengikut sektor ekonomi per jam hanya sektor Perkhidmatan memaparkan pertumbuhan naik, di mana;
- Perkhidmatan naik 4.0%
- Pembinaan jatuh 5.2%
- Perlombongan serta Pengkuarian jatuh 5.1%
- Pertanian jatuh 3.5%
- Pembuatan jatuh 1.9%
Manakala dari segi produktiviti sektor ekonomi mengikut jumlah pekerja pula;
- Perkhidmatan naik 7.5%
- Pembuatan naik 4.0%
- Pembinaan naik 2.9%
- Perlombongan serta Pengkuarian jatuh 2.2%
- Pertanian jatuh 1.7%
Selanjutnya produktiviti sektor ekonomi mengikut jumlah jam bekerja pula adalah;
- Pembuatan naik 11.3%
- Pembinaan naik 8.0%
- Perkhidmatan naik 7.7%
- Perlombongan serta Pengkuarian naik 4.8%
- Pertanian naik 1.1%