Artikel

Coca-Cola, Grab Teroka Pemasaran Digital – Sasar Tingkatkan Pertumbuhan Di Asia Tenggara

Coca-Cola bersama Grab, kini mengatur kesepakatan meneroka pertumbuhan pada pemasaran digital di Asia Tenggara.

Langkah perkongsian ini tidak sekadar menitikberatkan nilai perolehan jenama tetapi turut bertujuan mempercepatkan kemahiran digital dalam kalangan peniaga dan memperkasakan kemudahan pembelian pilihan minuman.

Menurut Ketua Peralihan Atas Talian Coca-Cola, Sam Way – usaha ini bertepatan dengan perancangan jenama untuk mengubah model perniagaan mereka mengikut kesesuaian era digital semasa.

Bersama Grab di bawah GrabAds, GrabFood dan GrabMart, usaha ini akan menyokong pelbagai saluran termasuklah perkembangan jualan serta mengalakkan perluasan khidmat kewangan secara atas talian dalam kalangan pengguna. Untuk makluman, perluasan teroka ini akan melibatkan 6 pasaran negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam.