Artikel

FamilyMart Rancang Guna Robot, Tingkatkan Kecekapan Penyimpanan Stok Operasi

Berbeza dengan perniagaan serbaneka lain, pasti akan menggunakan tenaga pekerja manusia untuk pengurusan simpanan stok dan inventori di cawangan fizikal mereka – namun FamilyMart, rangkaian serbaneka Asia-Pasifik kini pula merancang menggunakan robot untuk menampung tugasan tersebut.

FamilyMart bersama usaha Telexistence, startup Jepun ini melihat langkah penggantian tenaga manusia kepada robot yang dinamakan sebagai TX SCARA ini adalah wajar – bagi meningkatkan kecekapan operasi dalam penyusunan stok, di mana proses pemunggahan stok dan penyimpanan semula pada rak premis dapat dilakukan dengan lebih baik, tanpa merugikan masa pekerjanya.

Berdasarkan laporan pada perancangan awal, perluasan penggunaan robot ini akan diterapkan pada 300 cawangan FamilyMart di Jepun dan akan diperluas ke cawangan lain dari semasa ke semasa pada suatu tempoh kelak.

Buat pengetahuan umum, ketika ini FamilyMart memiliki lebih 16,000 cawangan di Jepun dengan cawangan secara keseluruhan di dunia pula lebih 56,000 cawangan.