Proton Holdings, susulan memainkan peranan selaku pengedar, penjual dan penyelenggara kenderaan keluaran Smart Automobile (EV) ini bagi pasaran Malaysia dan Thailand – maka beberapa permohonan berhubung insentif kini diminta dipertimbangkan kerajaan Persekutuan.
Antaranya melanjutkan insentif pengecualian duti import, eksis dan cukai jualan kenderaan elektrik di Malaysia, wajar dilaksanakan untuk beberapa tahun mendatang.
Gesaan ini pada laporan berpotensi membantu negara meningkatkan permintaan serta jualan kenderaan pada pasaran.
Buat pengetahuan umum, model pertama Smart akan dilancarkan di negara pada suku keempat 2023 di Malaysia dan Thailand pula pada pertengahan 2024 kelak. Menerusi peranan tersebut, bagi fasa pertama Proton memaklumkan tumpuan tidak hanya diberikan pada penjualan unit sahaja – tetapi akan memberi penekanan dari aspek pengendalian serta pengecasan.
Langkah pendedahan ini kelak akan membantu pengguna memahami pengalaman penggunaan EV dengan lebih baik.