Artikel

Sebanyak RM17.7 Bilion Wang Rakyat Telah Berjaya Dijimatkan, Melalui Pengurusan Nilai

Untuk mengelakkan berlakunya ketirisan dalam pelaksanaan projek kerajaan, pentadbiran negara telah menetapkan keperluan melaksanakan VM – iaitu proses pengurusan penilaian. Ternyata sebanyak RM17.7 bilion wang rakyat berjaya dijimatkan negara.

Ini bermakna sekitar 10% penjimatan telah dapat dicapai daripada kos projek yang terlibat, bagi tempoh ketika Rancangan Malaysia Ke-10 dan Ke-11.

Menurut Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) pada sidang Kemuncak Pengurusan Nilai Malaysia 2022, melihat kaedah VM yang dilakukan sejak 2010 itu telah membantu pentadbiran negara memastikan pelaksanaan projek mencapai nilai mengikut perancangan.

Maka kewajaran memperluaskan VM ini harus diperkasakan.

Setakat ini penerapan VM dilakukan ke atas projek bernilai RM50 juta dan ke atas, supaya mencapai objektif dan nilai wang yang diperuntukkan memadai.

Melihat pada keberkesanan itu, selain VM pentadbiran Malaysia kini telah melaksanakan kaedah penilaian baharu iaitu VAE – Value at Entry, yang berperanan memastikan setiap kelulusan projek mestilah benar-benar bermanfaat, berdaya saing dan dapat memberi pulangan semula kepada rakyat.