Menyedari penyertaan belia pada platform digital lebih dekat, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bersama BigPay kini mengambil kesempatan tersebut dengan menyediakan tawaran menarik, bagi setiap transaksi pembayaran semula pinjaman melalui #KempenMerdekaWithBigPay.
Langkah bersama bermula 15 Ogos sehingga 30 September itu akan memberi faedah kepada para peminjam dalam bentuk pulangan tunai sebanyak RM50 (cashback) serta 6x mata ganjaran akan dikreditkan pada aplikasi dompet digital BigPay.
Bagaimanapun perolehan itu hanya tertakluk pada bayaran balik pinjaman minimum RM2,000 secara one-off bagi 100 pengguna terawal untuk bulan Ogos dan 100 pengguna terawal untuk bulan September kelak.
Malah para peminjam PTPTN juga turut berpeluang memenangi tiket penerbangan domestik bernilai RM200 untuk 20 pengguna terpilih.
Adanya usaha ini, ia tidak memberi kemudahan kepada peminjam PTPTN melunaskan kembali pinjaman mereka secara atas talian tetapi turut memperkasakan belia negara akan kepentingan teknologi dalam kaedah pembayaran negara.