Artikel

CIMB OCTO – Taruhan Aplikasi Perbankan Baharu Selain CIMB Clicks

Seperti yang diperkatakan pada akhir April lalu, CIMB kini secara rasminya menampilkan aplikasi perbankan mudah alih baharu mereka – yang dikenali sebagai CIMB OCTO.

Adanya penampilan aplikasi baharu ini, ia akan memberi kemudahan lebih berganda buat lebih 8 juta pengguna perbankan CIMB Malaysia. Buat masa ketersediaan aplikasi masih di fasa awal dan akan dilengkapi dengan pelbagai ciri secara menyeluruh menjelang awal 2030.

Ini bermakna para pengguna kini boleh nikmati kemudahan aplikasi yang moden serta cekap bagi setiap transaksi yang dilaksanakan- meliputi transaksi asas, DuitNow, JomPay, serta Pembayaran Pantas (Quick Payment).

Menerusi pengenalan ini, pengguna usah khuatir ia masih berasingan dengan aplikasi CIMB Clicks.

CIMB Clicks akan terus tersedia secara serentak untuk melengkapkan CIMB OCTO, memastikan pelanggan mempunyai pilihan dan fleksibiliti untuk mengakses perbankan perkhidmatan seperti yang diperlukan pada sama ada platform digital.

Sehingga hari ini, 4.5 juta pelanggan CIMB aktif secara digital, telah meningkat sebanyak 10% tahun ke tahun dengan CIMB Clicks juga telah mengalami pertambahan pengguna sebanyak 37% sejak 2020.

Maka bagi merasai kemudahan aplikasi ini, para pengguna boleh memuat turun aplikasi CIMB OCTO di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery atau laman rasmi CIMB Malaysia.