Bagi 6 bulan pertama, tahun 2022 – negara berjaya meraih RM7.2 bilion pada segmen pelaburan digital.
Prestasi ini disumbangkan melalui pelaburan digital langsung asing dan pelaburan digital langsung domestik, yang berupaya mewujudkan hampir 10,000 peluang pekerjaan buat Malaysia.
Menurut Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), pencapaian ini dicapai dengan penyertaan 53 syarikat di serantau – merangkumi Australia, China, Jepun, Singapura, Amerika Syarikat (AS), Belanda, Switzrland, dan United Kingdom (UK).
Melihat pada momentum tersebut, pentadbiran negara harus mengekalkan prestasi ini sekirannya ingin mencapai matlamat di bawah MyDIGITAL, yang menyasarkan perolehi pelaburan digital sebanyak RM70 bilion menjelang tahun 2025 kelak.