Artikel

Suri Rumah Lelaki Di Malaysia – Bakal Dipertimbang Terima Perlindungan PERKESO

Kumpulan lelaki yang memainkan peranan selaku suri rumah bagi keluarga mereka di Malaysia kelak, dipertimbang untuk menerima insentif skim perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Usaha semakan itu menurut Kementerian Sumber Manusia (KSM) bagaimanapun masih diperingkat awal. Ini kerana, pihaknya perlu mengenalpasti jumlah kategori suri rumah bagi lelaki di negara terlebih dahulu.

Maka tinjauan mendalam akan dilaksanakan kelak.

Bagaimanapun mengikut laporan keutamaan pada skim perlindungan ini masih didahulukan kepada golongan surirumah wanita di negara. Untuk makluman pada 10 Ogos lalu – RUU Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 telah menerima kelulusan majoriti pada sidang Dewan Negara.

Ini bermakna sekitar 2.99 juta surirumah akan menerima manfaat di sebalik SKSSR tersebut.