Thailand, melalui Menteri Kesihatan Awamnya Anutin Charnvirakul kini menyambut baik hasrat Malaysia untuk mengkaji dasar ganja yang dilaksanakan mereka pada sistem perubatan dan ekonomi.
Buat pengetahuan umum pada sidang Kesihatan Sedunia pada Mei lalu – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah menyatakan hasratnya untuk meneliti dasar ganja Thailand bagi kegunaan sektor perubatan di negara.
Maka pada laporan Bangkok Post semalam (16 Ogos), Anutin berkongsikan pihaknya telah mengadakan perbincangan bersama duta Malaysia berhubung langkah itu dan difahamkan kehadiran Khairy pada sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) kelak akan melanjutkan perbincangan tersebut.
Meskipun tidak mengetahui hala-tuju hasrat Malaysia pada penetilian dasar ganja itu dalam segmen kesihatan mahupun ekonomi – Thailand berterusan menegaskan pihaknya hanya membenarkan penggunaan ganja bagi tujuan kesihatan sahaja. dan bukan untuk tujuan rekreasi.