Artikel

Starbucks Terus Kukuh, Dorong Berjaya Food Raih Untung RM122.74 Juta

Hasil prestasi jualan Starbucks yang terus kukuh, sekaligus kini menyumbang kepada catatan baik buat Berjaya Food (BFood) dengan meraih keuntungan bersih suku keempat 2022 berjumlah RM122.74 juta.

Rekod ini lebih kukuh berbanding data tahun kewangan sebelumnya yang mencatatkan keuntungan bersih sekitar RM47.11 juta.

Pada makluman bersama Bursa Malaysia, prestasi baik ini tidak hanya didorong hasil pengukuhan kafe Starbucks tetapi turut disumbang oleh prestasi Kenny Rogers yang semakin meningkat.

Melihat pada perkembangan ini, BFood kekal menjangkakan permintaan Starbucks akan terus stabil dan melonjak pada laporan tahun kewangan 2023 kelak,