Artikel

Outlet Bebas Cukai Premium Labuan Bernilai RM75 Juta, Masih Terbengkalai – Dewan Negara

Berhubung pembangunan Outlet Bebas Cukai Premium (BVO) di Labuan yang telah dimulakan pada 1 Jun 2018  itu – dilihat kini masih terbengkalai.

Menurut Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bagi menjawab persoalan pada sidang Dewan Negara ini memperincikan, projek bernilai RM75 juta telah mengalami penangguhan bagi fasa pertama susulan krisis COVID-19 tempoh hari. Buat masa ini Perbadanan Labuan (PL) sedang mengkaji tindakan selanjutnya pada projek sedemikian bagi kelangsungan pembangunan.

Meskipun tidak memberi penjelasan lanjut, PL memaklumkan status projek sedemikian akan dikemas-kini dan diteruskan semula.

Buat pengetahuan umum, projek berkeluasan 2.7 hektar ini adalah hasil kesepakatan PL dan BVA Development yang telah memulakan pembangunan pada 1 Jun 2018. Namun sasaran penyelesaian projek bagi fasa pertama seharusnya dicapai pada 31 Mei 2021 lalu, akan tetapi tidak dapat direalisasikan dan kini mengalami penangguhan.

Adanya pembangunan ini, ia dijangka berupaya menawarkan premis barangan mewah dengan potongan sehingga 30% harga lebih lebih rendah berbanding cawangan lain. Selain merancakkan perbelanjaan kalangan pengguna, projek ini turut berpotensi menyokong Labuan menjadi pulau pintar selari dengan gagasan Pelan Pembangunan Labuan kelak.