Mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang ataupun ICPT bertindak untuk menyelaraskan semula peningkatan kos bahan api serta penjanaan elektrik negara – bagaimanapun bagi tempoh Julai hingga Disember 2022 ia dianggarkan mencecah hampir RM20 bilion.
Jangkaan ini, 3 kali ganda lebih tinggi berbanding kos RM7 bilion bagi 6 bulan pertama 2022 di negara.
Berdasarkan situasi runcing tersebut, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli pada penjelasan di Dewan Negara kini sedang meneliti langkah baharu – antaranya mempertimbangkan subsidi bersasar. Tidak hanya itu penyediaan Pelan Pembangunan Penjanaan bagi jangka masa panjang turut dilaksanakan.
Usaha itu dalam mengatur pembekalan elektrik negara dengan meningkatkan campuran tenaga boleh baharu kepada 40% menjelang tahun 2035 kelak di bawah MyRER.