Artikel

Malaysia Akan Ambil 500,000 Pekerja Bangladesh Dalam Tempoh 3 Tahun

Melalui kesepakatan memorandum persefahaman (MoU) baharu, dalam tempoh 3 tahun kelak – seramai 500,000 pekerja Bangladesh akan diambil bekerja di Malaysia.

Usaha kemasukan tenaga asing yang telah ditemeterai sehingga Disember 2026 ini menurut laporan bertujuan untuk meningkatkan produktiviti negara dalam memenuhi permintaan pengeluaran pada sektor ekonomi tertentu. Khususnya sektor pembuatan.

Melihat pada tindakan kemasukan tenaga asing ini, negara masih lagi tidak dapat lari daripada stigma kebergantungan terhadap buruh asing. Ini bermakna usaha pentadbiran dalam mengutamakan peluang pekerjaan kepada warga tempatan ketika tempoh sekatan tempoh hari masih lagi tidak mendapat sambutan.

Dan situasi tersebut secara langsung memerlukan Malaysia merekrut tenaga asing dalam ekonomi tertentu.