Artikel

Apple Arah Pekerja Kembali Bertugas Di Pejabat – Mulai September Kelak

Bermula 5 September kelak, semua petugas Apple Inc diarahkan kembali bertugas di pejabat – dengan minimum 3 kali seminggu.

Mengikut laporan Reuters, arahan tersebut memperincikan 3 hari bekerja di pejabat tersebut meliputi hari Selasa, Khamis dan hari ketiga pula akan ditentukan oleh jabatan masing-masing.

Seperti yang umum ketahui, Apple antara firma teknologi yang menerapkan budaya bekerja dari rumah (BDR) susulan krisis COVID-19 yang berlaku diseluruh dunia. Rentetan penurunan kes semakin memulih, arahan kembali bertugas di pejabat mula dilaksanakan semula.

Selain Apple, firma Tesla turut telah mengeluarkan arahan supaya pekerja mereka kembali bertugas semula di pejabat atau perlu berhenti bekerja.