Artikel

Datasonic Perolehi Kontrak Tambahan Bernilai RM31.39 Juta – Bekal Cip Pasport Malaysia

Datasonic Technologies, anak syarikat milik Datasonic Group Bhd, kini memperolehi kontrak tambahan bagi peranan pembekalan cip pasport negara.

Perolehan bernilai RM31.39 juta daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) ini telah mula dicapai pada 9 Ogos lalu di bawah pindaan surat lanjutan kontrak 12.5 juta cip pasport mulai 1 Disember 2021 lalu sehingga 30 November 2023 kelak.

Makluman pada Bursa Malaysia itu menjelaskan, pada asalnya nilai kontrak adalah RM318.75 juta dan setelah pindaan ia membawa kepada nilai siling kontrak sekitar RM350.14 juta.

Menerusi usaha pindaan ini, ia sekaligus akan melibatkan peningkatan kecekapan dari aspek kuantiti perkhidmatan penyelenggaraan peralatan, perisian dan aplikasi sistem cip, E-Gate untuk domestik serta antarabangsa bagi 2022 dan 2023.