Artikel

Touch ‘n Go eWallet Kini Menambah KK Mart Pada Aplikasi – Mudahkan Pengguna Berbelanja

Touch ‘n Go eWallet bersama KK Mart kini mengatur langkah bersama – memudahkan pengguna untuk berbelanja barangan runcit secara atas talian.

Dengan hanya klik pada butang KK Mart di dalam aplikasi TNG eWallet, pengguna tidak hanya dapat berbelanja dengan mudah tetapi kini turut berpeluang nikmati diskaun sehingga 50% bagi barangan terpilih di cawangan KK Mart.

Lebih menarik dengan perbelanjaan minimum RM40, para pengguna turut berpeluang menikmati khidmat penghantaran secara percuma tanpa caj. Dan bagi kaedah pembayaran, segala kos pembelian dilaksanakan pada aplikasi KK Mart di dalam TNG eWallet.

Pada makluman tersebut, promosi kemudahan ini dimaklumkan telah bermula pada hari ini (15 Ogos) sehingga 30 September 2022 kelak. Sebarang makluman lanjut, para pengguna boleh layari laman rasmi TNG eWallet untuk perincian seterusnya.