Artikel

KKM Mohon Naikkan Peruntukan Kesihatan Awam – Salur 5% Daripada KDNK

Hanya 2.59% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara diperuntukan bagi perbelanjaan kesihatan awam – kadar ini dilihat wajar dipertingkatkan sehingga 5% daripada KDNK Malaysia.

Jumlah sehingga 5% itu menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah bertepatan dengan  penanda aras peruntukan bagi perbelanjaan kesihatan awam dalam kalangan negara berpendapatan sederhana.

Maka terdapat kewajaran jika peruntukan sedemikian diselaraskan di Malaysia.

KKM melihat dengan permohonan kenaikan 5% perbelanjaan kesihatan awam ini terhadap kerajaan – ia berpotensi meningkatkan kecekapan sistem kesihatan negara. Secara langsung dapat menangani keluhan para pengguna dan menaik-taraf peralatan kesihatan negara.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada sidang media pagi tadi turut mengakui, semua kementerian memiliki peruntukan tersendiri, akan tetapi KKM memiliki peranan yang besar – ini tidak hanya berlandaskan kepada faktor krisis COVID-19 yang didepani sebelum ini, tetapi merangkumi peranan penting KKM pada kesejahteraan kesihatan penduduk negara secara menyeluruh.