Data Jabatan Insolvensi negara dari tahun 2020 sehingga Jun 2022 – menunjukkan seramai 10,137 individu dalam kumpulan belia di Malaysia telah diklasifikasikan sebagai muflis.
Jumlah itu menurut Kementerian Belia dan Sukan – bagaimanapun telah memperlihatkan penurunan dari tahun ke tahun apabila, belia berusia 25 tahun ke 34 tahun bagi 2020 seramai 1,741 individu, menurun 1,060 individu pada 2021 dan menurun kepada 425 bagi kes muflis setakat Jun 2022.
Situasi penurunan kes muflis turut berlaku pada kumpulan usia 35 tahun hingga 44 tahun apabila merekodkan 3,150 individu (2020), 2,535 individu (2021) dan 1,179 individu setakat Jun 2022.
Dan berdasarkan pemerhatian faktor utama yang membawa kepada situasi bankrap ini – disumbangkan oleh pinjaman peribadi (47%), diikuti pinjaman kenderaan dan pinjaman perniagaan.