Seiring dengan transformasi ekonomi digital ketika ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak lama lagi bakal hadir dengan sistem pelaporan berpusat – yang berperanan merekod markah pentaksiran pelajar sekolah.
Menerusi pelaporan pembangunan sistem ini, ia akan meningkatkan kecekapan tugas guru dan menghindar dari sebarang catatan pemarkahan yang berulang. Tidak hanya sistem tersebut turut akan membolehkan sekolah-sekolah membina jadual waktu secara mudah.
Buat pengetahuan umum, ketika ini bagi tugasan proses pemarkahan memerlukan guru menyalurkan rekod markah pelajar kepada banyak pihak – merangkumi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan KPM. Maka menerusi kemudahan sistem tersebut, ini akan membantu meringankan bebanan tugas tenaga pengajar.