Artikel

Johor, Selangor, Perak – Negeri Tertinggi Rekod Kemalangan Pekerjaan Bagi 2021

Kemalangan pekerjaan, adalah suatu terma yang membawa kepada jumlah kemalangan yang direkodkan negara bagi setiap tahun.

Ternyata berdasarkan tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Poket Statistik hari ini (12 Ogos) terdapat 3 negeri tampil dengan rekod tertinggi bagi pelaporan kemalangan pekerjaan di negeri tersebut. Iaitu jumlah kecederaan pekerjaan di Johor (5,489), Selangor (4,195) dan Perak (2,004).

Melihat pada paras tersebut, mengikut Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan negara melalui Bahagian Dasar Antarabangsa dan Pembangunan Penyelidikan terdapat tiga pentunjuk kecederaan yang telah diketengahkan iaitu Hilang Upaya Kekal (HUK), Tidak Hilang Upaya Kekal (THUK) dan Maut.

Berdasarkan statistik, jumlah kecederaan THUK adalah 6,263, HUK pula 249 dan bilangan Maut 174 pekerja. Maka secara menyeluruhnya sebanyak 6,686 jumlah kemalangan kecederaan dicatatkan negara pada tahun 2021.

Mengikut sektor pula, ternyata sektor Pengilang jadi penyumbang tertinggi kemalangan pekerjaan di Malaysia (4,269), diikuti Pertanian, Perhutanan dan Perikanan (973), Kewangan, Insurans, Hartanah dan Perniagaan (285) dan sektor Pembinaan (217).

Manakala mengikut negeri pula, Johor tertinggi sumbang HUK (54) THUK (1,270) dan bilangan Maut (28).